top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-37 - Niat Kebaikan dan Keburukan.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Apr 20, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم فِيمَا يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، قَالَ: "إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً


Daripada Ibnu Abbas radhiAllahu anhu, daripada Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam yang meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya tabaraka wa ta'ala, katanya:

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah menerangkan keduanya itu. Maka barang siapa yang bercita-cita kepada kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya, Allah akan mencatit disisiNya satu pahala yang sempurna. Dan jika dia melaksanakan, nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh pahala sehingga tujuh ratus kali ganda dan sehingga beberapa kali ganda banyaknya (tiada had). Dan jika dia bercita-cita untuk mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya satu pahala yang sempurna. Jika dia meneruskan cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah akan mencatitkan baginya satu dosa sahaja. [Bukhari & Muslim]

Hadith ke-37 menceritakan tentang rahmat Allah yang maha luas. Menurut hadith Nabi sollAllahu alaihi wasallam ini, apabila kita berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, kita dianugerahkan oleh Allah ta'ala dengan satu pahala. Apabila kita melakukan kebaikan itu, kita akan dianugerahkan dengan 10 pahala atau lebih sehingga tiada hadnya. Apabila kita berniat untuk melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya, kita akan dianugerahkan Allah dengan satu pahala. Tetapi apabila kita melakukan kejahatan itu, akan ditulis satu dosa ke dalam buku catitan kita.


Wallahu a'lam. Wassalam.


 
 
 

Comentários


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page