Sehari Sepotong Hadith: Ke-35 - Persaudaraan Islam.
- assobirin
- Apr 18, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم " لَا تَحَاسَدُوا، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا تَبَاغَضُوا، وَلَا تَدَابَرُوا، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إخْوَانًا، الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لَا يَظْلِمُهُ، وَلَا يَخْذُلُهُ، وَلَا يَكْذِبُهُ، وَلَا يَحْقِرُهُ، التَّقْوَى هَاهُنَا، وَيُشِيرُ إلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ: دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
Daripada Abu Hurairah radhiAllahu anhu, katanya: Telah bersabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam:
"Janganlah kamu berhasad dengki, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu menjual/membeli atas barang-barang yang sudah dibeli oleh orang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim. Jangan menganiayainya, jangan menindasnya (atau membiarkan dia tertindas), jangan mendustainya dan jangan menghinainya.
Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika dia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." [Muslim]

Hadith ke-35 menceritakan tentang persaudaraan di dalam Islam. Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menegaskan bahawa setiap orang Islam adalah bersaudara di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa menjaga hak sesama kita di mana kita tidak boleh menganiaya, menindas, mendusta, dan menghina seorang Islam yang lain. Selain itu, kita juga diharamkan untuk membunuh, mencuri dan menjatuhkan kehormatan seorang muslim yang lain seperti yang dinyatakan di penghujung hadith ini.
Wallahu a'lam. Wassalam.
Commenti