Sehari Sepotong Hadith: Ke-34 - Mencegah Kemungkaran.
- assobirin
- Apr 17, 2016
- 2 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Daripada Abi Said Al-Khudri radhiAllahu anhu, katanya: Aku mendengar Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam bersabda:
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubah dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubah dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.

Hadith ke-34 ini menerangkan tentang kepentingan mencegah kemungkaran terhadap setiap muslim. Setiap muslim hendaklah sentiasa mencegah kemungkaran selagi mana ia mampu melakukannya. Jika seseorang itu mempunyai kekuatan atau kuasa, hendaklah dia mencegah kemungkaran tersebut dengan kuasanya itu. Jika dia seorang ayah, hendaklah dia mencegah kemungkaran di dalam keluarganya. Jika di seorang ketua kampung, hendaklah dia mencegah kemungkaran di dalam kampungnya. Jika dia seorang datuk bandar, hendaklah dia mencegah kemungkaran di dalam bandarnya. Jika dia seorang menteri besar, hendaklah dia mencegah kemungkaran di dalam negerinya. Jika dia seorang perdana menteri, hendaklah dia mencegah kemungkaran di dalam negaranya.
Jika kita tiada kemampuan dari sudut kuasa atau kekuatan jasmani, kita hendaklah mencegah kemungkaran dengan lidah atau lisan kita. Ini termasuklah dengan melalui nasihat atau amaran secara langsung atau tidak. Membuat laporang ke pihak berkuasa juga dikira di dalam kategori ini. Atau jika kita seorang yang berilmu, kita boleh menasihat melalui ceramah dan dakwah. Selain itu, kita juga boleh menasihat seseorang di alam maya seperti di lama sosial, blog, whatsapp dan sebagainya.
Dan di akhir hadith ini, Nabi sollAllahu alaihi wasallam menyebut bahawa selemah-lemah iman di antara umatnya ialah seseorang yang mencegah iman dengan hantinya. Dengan hati di sini membawa maksud membenci perkara mungkar tersebut. Dengan erti kata lain, kita tidak boleh suka atau minat sesuatu perkara mungkar apatah lagi terjerumus atau terlibat sama seperti menganjur atau meluluskan program-program kemungkaran. Selain itu, melalui hati juga membawa maksud doa. Ini kerana doa adalah senjata utama orang Islam. Kita boleh mendoakan kebaikan (semoga mendapat hidayah) atau mendoakan keburukan (doa laknat dan sebagainya)
Wallahu a'lam. Wassalam.
Коментарі