top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-32 - Larangan Membuat Kemudaratan.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Apr 15, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh,


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ سَعْدِ بْنِ مَالِكِ بْنِ سِنَانٍ الْخُدْرِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: " لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ


Daripada Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri radhiAllahu anhu, bahawasanya Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam pernah bersabda:

"Jangan memudaratkan dan jangan mengakibatkan kemudaratan." [Ibnu Majah]



Hadith ke-32 ini amat ringkas dan padat. Di dalam hadith ini, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menegah kita daripada melakukan kemudaratan dan mengakibatkan kemudaratan (sengaja atau tidak sengaja, secara langsung atau tidak). Kemudaratan yang dimaksudkan di sini tidak kiralah terhadap apa sekalipun; diri sendiri, orang lain (muslim atau tidak) malah terhadap alam sekitar juga ditegah sama sekali.


Hadith ini diguna pakai oleh alim ulama' dalam memutuskan sesuatu hukum iaitu apabila sesuatu hukum hendak diputuskan, hendaklah ia tidak mengakibatkan kemudaratan. Dari sinilah timbulnya perkara rukhsah (kemudahan atau keringanan) di dalam ibadah. Sebagai contoh perkara tayamum, apabila kesukaran dalam mendapatkan sumber air, dibolehkan kita untuk bertayamum untuk menggantikan wuduk atau mandi hadas.


Wallahu a'lam. Wassalam.


 
 
 

コメント


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page