top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-31 - Zuhud.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Apr 14, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اللهُ وَأَحَبَّنِي النَّاسُ؛ فَقَالَ: "ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّك اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّك النَّاسُ


Daripada Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idi radhiAllahu anhu, berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam dan bertanya: "Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai."

Maka dijawab Nabi: "Zuhudlah di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah. Dan zuhudlah pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai." [Ibnu Majah]


Hadith ke-31 ini menceritakan tentang sifat zuhud. Ramai di antara kita yang masih keliru dengan maksud sebenar zuhud. Kebanyakan daripada kita mentafsirkan maksud zuhud ialah meninggalkan atau mengenepikan nikmat dunia secara keseluruhannya. Ini adalah satu tafsiran yang tidak tepat dan boleh mengelirukan masyarakat.


Maksud zuhud yang sebenar ialah meletakkan dunia di tangan, bukan di hati. Apa maksudnya itu? Ia bermaksud kita boleh mengejar dunia tetapi jangan sampai nikmat dunia itu membuatkan kita melupakan akhirat yang kekal abadi. Jika kita ada harta, gunalah harta itu ke jalan akhirat. Jika kita ada anak, didiklah anak kita menjadi anak yang soleh yang boleh mendoakan kita bila di alam barzakh nanti. Islam mambenarkan kita mengecapi nikmat dunia, tetapi pastikan kita meletakkan akhirat sebagai tujuan utama. Cara untuk menyemak tentang kezuhudan kita ialah apabila kita kehilangan satu nikmat atau harta, adakah kita bersedih sehingga meratap atau mengamuk? Atau adakah kita bersabar dan kembali kepada Allah? Apabila ada orang meminta sesuatu daripada kita, sejauh mana atau semahal mana harta kita yang sanggup kita sedekahkan atau dermakan?


Wallahu a'lam. Wassalam.


 
 
 

Commentaires


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page