Sehari Sepotong Hadith: Ke-30 - Arahan dan Larangan Allah
- assobirin
- Apr 13, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ جُرْثُومِ بن نَاشِر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم قَال: "إنَّ اللَّهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا
Daripada Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir radhiAllahu anhu, daripada Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam, yang bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah menetapkan beberapa hudud (batasan), maka janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa, maka janganlah kamu membahas mengenainya." [Daraqutni]

Di dalam hadith ke-30 ini, Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam telah berpesan beberapa perkara, berkatian dengan arahan dan larangan Allah subhanahu wa ta'ala. Di antaranya ialah, hendaklah kita sentiasa melakukan segala kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala dan jangan melampaui batasan-batasan yang telah ditetapkanNya. Allah subhanahu wa ta'ala juga telah mengharamkan beberapa perkara, hendaklah kita tidak sama sekali melanggarnya. Dan Allah juga telah mendiamkan beberapa perkara sebagai rahmat kepada kita, oleh itu janganlah kita berbalah kerananya.
Wallahu a'lam. Wassalam
Comments