top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-29 - Pintu-pintu Kebaikan.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Apr 12, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْت يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدْنِي مِنْ النَّارِ، قَالَ: "لَقَدْ سَأَلْت عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أَدُلُّك عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ تَلَا: " تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ " حَتَّى بَلَغَ "يَعْمَلُونَ"،[ 32 سورة السجدة / الأيتان : 16 و 17 ] ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُك بِرَأْسِ الْأَمْرِ وَعَمُودِهِ وَذُرْوَةِ سَنَامِهِ؟ قُلْت: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذُرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُك بِمَلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ فقُلْت: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ! فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ وَقَالَ: كُفَّ عَلَيْك هَذَا. قُلْت: يَا نَبِيَّ اللَّهِ وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: ثَكِلَتْك أُمُّك وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ عَلَى وُجُوهِهِمْ -أَوْ قَالَ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ- إلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ؟!


Daripada Muadz bin Jabal radhiAllahu anhu berkata: "Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."

Jawab Nabi sollAllahu alaihi wasallam: "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah solat dan kemuncaknya ialah jihad."

Kemudian Nabi bersabda lagi : "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?" Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah." Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: "Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya: "Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?" Baginda lalu menjawab : "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka." [Tirmidzi]

Hadith ke-29 ini menceritakan tentang amalan-amalan yang akan membawa kita ke syurga Allah subhanahu wa ta'ala. Hadith ini menekankan lagi hadith-hadith yang sebelum ini tentang setiap orang Islam (yang mengamalkan rukun Islam yang lima) akan dimasukkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala ke dalam syurgaNya. Di akhir hadith ini, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menekankan kepada kita tentang kepentingan menjaga lidah (tutur kata) kita. Seperti yang kita ketahui berapa ramai umat manusia yang dimasukkan ke dalam neraka hanya kerana dosa-dosa lidah (mengumpat, mengeji, menyampaikan fitnah, mengadu domba, berbohong, bercakap yang bukan-bukan dan sebagainya). Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menjaga lidah kita dari berkata yang tidak sepatutnya. Jika tidak perlu untuk bercakap, lebih baik diam sahaja. Baka kata pepatah Melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."


Wallahu a'lam. Wassalam.


 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page