top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-28 - Berpegang Pada Sunnah dan Jauhi Perkara Bida'ah

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Apr 11, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith ke-28 ini adalah antara pesanan dan wasiat terakhir Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam sebelum kewafatan baginda. Di dalam hadith ini, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam berpesan kepada kita semua supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah azza wajalla dalam keadaan apa sekalipun. Kemudian Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam berpesan lagi bahawa akan berlaku perselisihan di antara kita umat Islam. Dan apabila ia berlaku, hendaklah kita semua kembali kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam dan bergenggam erat dengannya. Di akhir hadith, Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam berpesa kepada kita jangan sesekali mendekati perkara-perkara baharu yang diada-adakan (perkara bida'ah) kerana sesungguhnya ia menyesatkan. Wallahu a'lam.


عَنْ أَبِي نَجِيحٍ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: "وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ! كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَأَوْصِنَا، قَالَ: أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ؛ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ


Daripada Abi Najih Al-Irbadh bin Sariyah radhiAllahu anhu, katanya: Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam telah memberikan satu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya: "Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan."

Sabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam: "Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin (yang beroleh petunjuk daripada Allah) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara baharu yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan." [Abu Daud & Tirmidzi]


Wallahu a'lam. Wassalam.


 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page