Sehari Sepotong Hadith: Ke-27 - Beza Kebajikan dan Dosa.
- assobirin
- Apr 10, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hadith ke-27 ini menerangkan perbezaan antara perkara kebajikan dengan perkara dosa (kejahatan). Untuk memastikan bahawa perkara yang kita lakukan itu adalah perkara taat atau maksiat, Nabi sollAllahu alaihi wasallam menyeru kita untuk tanya hati kita. Jika hati kita berasa tenteram, in sha Allah perkara itu ialah perkara kebaikan. Jika di sebaliknya, hati kita berasa gundah-gelana, kebarangkalian besar perkara itu adalah perkara dosa.
Walau bagaimanapun, sebelum kita menggunakan kaedah ini, perlulah kita untuk memperbaiki dan mensucikan hati kita terlebih dahulu. Ini kerana adalah tidak sama hati seorang yang beriman dengan hati seorang yang fasiq. Untuk mengetahui bagaimana cara-caranya menyucikan hati, hendaklah kita belajar di majlis-majlis ilmu supaya kita dapat pastikan ilmu-ilmu yang kita perlajari itu sahih dan bersanad. Tetapi secara asasnya, hendaklah kita selalu bertaubat dan berzikir untuk membersihkan hati kita ini. Wallahu a'lam.

وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَتَيْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم فَقَالَ: "جِئْتَ تَسْأَلُ عَنْ الْبِرِّ؟ قُلْت: نَعَمْ. فقَالَ: استفت قلبك، الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إلَيْهِ النَّفْسُ، وَاطْمَأَنَّ إلَيْهِ الْقَلْبُ، وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاك النَّاسُ وَأَفْتَوْك
Daripada Abi Wabishah bin Ma'bad radhiAllahu anhu:
Bahawa aku datang kepada Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam lalu banginda bertanya: "Engkau datang bertanyakan erti kebajikan?" Aku menjawab : "Ya." Sabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam lagi: "Tanyalah hati engkau. Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu."
Wallahu a'lam. Wassalam.
Comments