Sehari Sepotong Hadith: Ke-20 - Malu Sebahagian daripada Iman.
- assobirin
- Apr 3, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hadith yang ke-20 ini menceritakan tentang pentingnya memiliki sifat malu di dalam kehidupan seharian. Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam sendiri amat terkenal dengang sifat malu baginda. Apabila seseorang insan memiliki sifat yang terpuji ini, amat mustahil sekali untuk dirinya melakukan sesuatu perkara yang mungkar dan keji. Ini kerana, kita bukan sahaja perlu berasa malu sesama manusia, malah yang lebih penting lagi ialah berasa malu terhada Allah subhanahu wa taala.
Mari kita menghayati hadith yang pendek ini, semoga mendapat keredhaan Allah subhanahu wa taala, in sha Allah

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "إنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى: إذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْت
Daripada Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Ansori Al-Badri radhiAllahu anhu, katanya: Telah bersabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam:
"Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (sehingga kini) ialah: Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu".
Wallahu a'lam.
Commentaires