Sehari Sepotong Hadith: Ke-19 - Pertolongan dan Perlindungan Allah.
- assobirin
- Apr 2, 2016
- 2 min read
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
Hadith yang ke-19 agak panjang berbanding hadith-hadith yang sebelum ini. Di dalam hadith ini, Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam berwasiat kepada Abdullah ibnu Abbas radhiAllahu anhuma dengan beberapa nasihat. Antaranya ialah hendaklah kita sentiasa memlihara Allah (perintah dan kehormatanNya), pasti Allah akan menjaga kita. Nabi sollAllahu alaihi wasallam juga menyuruh kita supaya sentiasa memohon hanya kepada Allah subhanahu wa taala. Dan di hujung hadith, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menyatakan bahawa takdir Allah subhanahu wa taala sudah tetap dan tiada sebarang makhluk yang dapat mengubahnya.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi rahimahullah dan disusun oleh Imam Nawawi rahimahulallah di dalam Matan Arba'in. Mari sama-sama ita membaca dan menghayati hadith ini, semoga mendapat keberkatan, in sha Allah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: "كُنْت خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَوْمًا، فَقَالَ: يَا غُلَامِ! إنِّي أُعَلِّمُك كَلِمَاتٍ: احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْك، احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَك، إذَا سَأَلْت فَاسْأَلْ اللَّهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْت فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوك بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوك إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَك، وَإِنْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوك بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوك إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْك؛ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ، وَجَفَّتْ الصُّحُفُ
Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas radhiAllahu anhuma: Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda:
"Wahai anak kecil, aku hendak mengajarmu beberapa kalimat. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan". [Tirmidzi]
Wallahu a'lam.
Comments