top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-17 - Berlaku Ihsan dalam Segala Hal.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 31, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith ke-17 ini menegaskan kita untuk sentiasa melakukan sesuatu dala keadaan yang baik, walaupun dalam hal pembunuhan dan penyembelihan. Ini membuktikan bahawa Islam mengutamakan kebaikan dalam setiap hal. Pembunuhan di dalam hadith ini merujuk kepada hal peperangan dan hukuman bunuh. Di dalam hal sembelihan binatang juga Islam mengarahkan kita supaya tidak berlaku kejam terhadap haiwan sembelihan tersebut, apatah lagi sesama manusia (Islam atau kafir).


Mari sama-sama kita menghayati hadith Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam ini, semoga mendapat keberkatan, in sha Allah.


عَنْ أَبِي يَعْلَى شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: "إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ


Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus radhiAllahu anhu, bahawa Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka bunuhlah secara sempurna. Dan apabila menyembelih maka elokkanlah penyembelihan. Hendaklah seseorang kamu menajamkan mata pisaunya dan merehatkan haiwan penyembelihannya". [Muslim]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page