top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-16 - Jangan Marah.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 30, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith yang ke-16 ini adalah antara hadith-hadith yang pendek. Walau bagaimanapun, maksudnya amat mendalam. Ini kerana, berdasarkan hadith ini, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam mengulangi jawapan yang sama selepas beberapa kali ditanya.


Mari sama-sama kita menghayati hadith Nabi sollAllahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah ini.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم أَوْصِنِي. قَالَ: لَا تَغْضَبْ، فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ: لَا تَغْضَبْ


Daripada Abu Hurairah radhiAllahu anhu, bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sollAllahu alaihi wasallam:

"Nasihatilah aku!". Dijawab oleh Nabi sollAllahu alaihi wasallam: "Jangan marah!". Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam mengatakan : "Jangan marah!". [Bukhari]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comentários


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page