top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-14 - Jiwa Seorang Muslim Terpelihara.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 28, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith ke-14 ini menegaskan bahawa diHaramkan sama sekali bagi kita, sebagai seorang muslim untuk membunuh orang muslim yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat 3 pengecualian yang dibenarkan mengikut hukum syarak berdasarkan hadith Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam ini.


Marilah sama-sama kita mempelajari hadith ini, yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah dan Imam Muslim rahimahullah serta disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah di dalam Matan Arba'in.


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ [ يشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله] إلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ


Daripada Ibnu Mas'ud radhiAllahu anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam:

"Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu daripada tiga sebab; thayyib (orang yang sudah bernikah) yang berzina, jiwa dengan jiwa (orang yang membunuh tanpa hak) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah (orang yang murtad)." [Bukhari & Muslim]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comentarios


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page