top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-13 - Ukhwah Islamiyah.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 27, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warhamtulahhi wabarakatuh,

Hadith ke-13 ini menceritakan tentang persaudaraan dalam Islam. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, setiap orang Muslim adalah bersaudara. Oleh kerana itu, kita hendaklah sayang-menyayangi sesama kita supaya tidak timbul permusuhan sesama Islam. Oleh itu, adalah sangat penting bagi umat Islam untuk kenal-mengenali sesama sendiri supaya akan lebih timbul perasaan cinta bak kata pepatah Melayu, "Tak kenal, maka tak cinta."


Mari sama-sama kita membaca dan mengambil iktibar daripada hadith Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam ini, semoga bermanfaat dan diberkati, in sha Allah.



عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ خَادِمِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم قَالَ: "لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ


Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik radhiAllahu anhu, khadam kepada Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam, bersabda Nabi sollAllahu alaihi wasallam:

"Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah dia mencintai saudaranya sama seperti dia mencintai dirinya sendiri." [Bukhari & Muslim]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page