top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-12 - Meninggalkan Perkara yang Tidak Berfaedah.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 26, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dalam hadith yang ke-12 ini, Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam menyarankan kepada kita semua supaya meninggalkan perkara-perkara remeh-temeh yang bukan sahaja tidak bermanfaat, malah tiada kena-mengena dengan kita. Kita sebagai seorang muslim seharusnya menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang dapat menyelesaikan masalah ummah yang semakin hari semakin pincang. Perihal remeh-temeh ini bukan sahaja akan membuang masa kita, malah ia akan menyebabkan pertelingkahan sesama kita yang boleh memecah-belahkan kita sebagai umat Islam.


Mari sama-sama kita membaca dan menghayati Hadith Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi rahimahullah dan Imam Ibnu Majah rahimahullah serta disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah di dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40), semoga kita semua dirahmati dan diberkati, in sha Allah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Daripada Abu Hurairah radhiAllahu anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam:

"Sebaik-baik Islam seseorang itu adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna kepadanya." [Tirmidzi & Ibnu Majah]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comentários


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page