top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-10 - Syarat-syarat Doa yang Diterima.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 24, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di dalam hadith yang ke-10 ini, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menegaskan bahawa segala perintah Allah subhanahu wa taala kepada orang-orang Islam adalah sama sebagaimana perintahNya kepada para rasul yang dahulu. Kemudian, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menceritakan tentang bagaimana kisah seorang hamba Allah yang berdoa kepada Allah sedangkan dirinya penuh dengan benda-benda yang haram. Di hujung kisah itu, Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam menyatakan bahawa doa nya itu sama sekali tidak akan dikabulkan oleh Allah subhanahu wa taala, dengan nada menyindir. Mari sama-sama kita membaca dan menghayati hadith ke-10 ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah dan disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40), semoga bermanfaat, in sha Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟

Daripada Abu Hurairah radhiAllahu anhu: Telah bersabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin sama sebagaimana Dia memerintahkan kepada para rasul.

Allah berfirman: "Wahai para Rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh." (Al-Mukminun: 51)

Dan Allah berfirman lagi: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu." (Al-Baqarah: 172)

Kemudian Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam menceritakan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut dan berdebu, lalu mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon (berdoa): "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!" Sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram, dan dia telah dikenyangkan daripada sumber yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?" [Muslim]

Wallahu a'lam.

 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page