top of page

Sehari Sepotong Hadith: Ke-9 - Memilih yang Mudah dan Meninggalkan yang Susah.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 23, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah dan Imam Muslim rahimahullah ini menekankan bahawa Agama Islam itu adalah sangat Mudah. Kadang-kadang, kita sendiri yang menyukarkan keadaan apabila terlalu cerewet atau mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan agama. Jika kita mematuhi dan menuruti arahan Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam secara total, in sha Allah kita akan dapati bahawa setiap urusan harian kita adalah mudah dan tidak menyusahkan.


Di sini menekankan bahawa pentingnya menuntut ilmu bagi setiap orang Islam, terutamanya ilmu-ilmu agama. Melalui ilmu-ilmu inilah kita dapat mempelajari tentang rukhsah atau jalan keluar dalam ibadah harian kita bila mana kita menghadapi sebarang kesukaran. Mari sama-sama kita mendalami hadith yang ke-9 ini yang disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah di dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40) beliau, semoga kita semua diberkati dan dirahmati, in sha Allah.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sokhar radhiAllahu anhu: Bahawa saya mendengar Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam bersabda:

"Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan, sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu, disebabkan terlalu banyak bertanya dan pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka. [Bukhari & Muslim]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page