Sehari Sepotong Hadith: Ke-8 - Penegasan Rukun Islam.
- assobirin
- Mar 22, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hadith ke-8 ini menegaskan bahawa Rukun Islam itu adalah wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam. Menurut hadith ini, Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam telah diperintahkan oleh Allah subhanahu wa taala untuk memerangi manusia selagi mana mereka tidak memeluk Islam dengan melaksanakan Rukun Islam yang wajib itu. Perang yang dimaksudkan di sini ialah perang secara total terhadap orang-orang kafir, atau menerima bayaran fidyah daripada mereka sebagai tanda mereka berjanji setia dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.
Mari sama-sama kita mempelajari dan menghayati hadith Nabi sollAllahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah dan Imam Bukhari rahimahullah serta disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40) ini. Semoga bermanfaat, in sha Allah.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: "أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ؛ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى
Daripada Ibnu Umar radhiAllahu anhuma, bahawasanya Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam pernah bersabda:
"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan solat, dan membayar zakat. Maka jika mereka melakukan semua itu, akan terselamatlah darah dan harta benda mereka daripadaku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya. Dan perkiraan hisab mereka adalah terserah kepada Allah Ta'ala." [Bukhari & Muslim]
Wallahu a'lam.
Comments