top of page

Sehari Sepotong Hadith: Hadith Ke-7 - Agama adalah Nasihat.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 21, 2016
  • 1 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith ke-7 ini sangat pendek dan padat. Ia membicarakan bahawa agama itu adalah nasihat. Maksud nasihat di sini amatlah luas. Namun secara umumnya, ia membawa maksud jika kita ingin menasihati sesama manusia, hendaklah berpandukan Islam, iaitu berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam.


Mari sama-sama kita membaca dan memahami hadith ke-7 ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah dan disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40), semoga bermanfaat, in sha Allah.


عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الدِّينُ النَّصِيحَةُ." قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: "لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ


Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari rodhiAllahu anhu, bahawasanya Nabi sollAllahu alaihi wasallam bersabda:

"Agama itu adalah nasihat."

Kami sekelian bertanya: "Untuk siapa?"

Maka jawab Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam: "Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum Muslimin serta orang awamnya."


Wallahu a'lam.

 
 
 

Comments


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page