top of page

Sehari Sepotong Hadith: Hadith Ke-6 - Halal dan Haram.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 20, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith ke-6 ini menerangkan bahawa Halal dan Haram itu jelas, supaya mudah untuk kita membezakan antara keduanya. Walaubagaimanapun, di antara halal dan haram itu, wujudnya satu kategori lain iaitu Syubhah. Di sinilah yang akan menentukan tahap iman seseorang hamba Allah, yakni adakah kita akan menjauhkan diri kita atau terjerumus ke dalam nya sekali.


Di hujung hadith ini, Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam menceritakan tentang kewujudan Hati dalam badan manusia, yang mana hatilah yang menentukan baik atau buruk jasad (perangai) seseorang. Mari sama-sama kita membaca dan menghayati hadith ke-6 ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah dan Imam Muslim rahimahullah serta disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40), semoga bermanfaat, in sha Allah.

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "إنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ، فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقْد اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir radhiAllahu anhuma katanya: saya telah mendengar Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubhah (tidak jelas halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh orang ramai. Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhah itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Seperti seorang pengembala di pinggir sebuah kawasan larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan (undang-undang), dan ingatlah, bahawa larangan Allah adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. Ketahuilah pada setiap jasad itu ada seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah Hati". [Bukhari & Muslim]

Wallahu a'lam.

 
 
 

コメント


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page