Sehari Sepotong Hadith: Hadith Ke-5 - Menolak Kemungkaran dan Bida'ah.
- assobirin
- Mar 19, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hadith ke-5 ini menerangkan kepentingan dalam menurut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam dalam mengamalkan satu-satu syariat. Dalam memastikan amalan kita diterima oleh Allah subhanahu wa taala, 2 syarat mesti dipenuhi: 1) ikhlas dengan niat hanya kerana Allah, dan 2) menurut sunnah dan ajaran Nabi Muhammad sollAllahu alaihi wasallam.
Mari sama-sama kita membaca dan mempelajari hadith ke-5 ini yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah dan Imam Muslim rahimahullah serta disusun oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Matan Arba'in (Himpunan Hadith 40), semoga kita semua diberkati, in sha Allah.

عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أُمِّ عَبْدِ اللَّهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ: رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah radhiAllahu anha katanya :
Telah bersabda Rasulullah sollAllahu alaihi wasallam:
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang tidak ada dasarnya, maka ia adalah tertolak".
Wallahu a'lam.
Comments