top of page

Sehari Sepotong Hadith: Hadith Ke-2 - Islam, Iman dan Ihsan.

  • Writer: assobirin
    assobirin
  • Mar 16, 2016
  • 2 min read

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hadith kedua ini ialah hadith yang sangat masyhur dan penting di mana ia merupakan sumber pecahan ilmu dalam Islam. Hadith inilah yang menerangkan tentang rukun Islam (ilmu Fiqh), rukun Iman (ilmu Aqidah) dan Ihsan (ilmu Tasawwuf). Dalam hadith ini turut menceritakan tentang hari kiamat.

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ: " بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا !قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟ ‫‬قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ "قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ

Dari Umar Ibnul-Khattab rodhiAllahu anhu, katanya:

Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah sollAllahu alaihi wassalam pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berambut hitam pekat, tiada tanda-tanda bahawa dia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah sollAllahu alaihi wassalam, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah sollAllahu alaihi wassalam serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah sollAllahu alaihi wassalam, lalu berkata:

Si Pemuda berkata: Khabarkan aku tentang Islam?

Rasulullah sollAllahu alaihi wassalam berkata: Islam, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersolat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.

Si Pemuda : Benar katamu!


(Berkata Umar rodhiAllahu anhu : Kami merasa hairan kepada tingkah laku si pemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )


Si Pemuda: Khabarkanlah kepadaku ke tentang Iman?

Rasulullah: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.

Si Pemuda: Benar katamu! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan?

Rasulullah: Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.

Si Pemuda: Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.

Rasulullah: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Si Pemuda: Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?

Rasulullah: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri; apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (berbangga) membina bangunan yang tinggi-tinggi.


(Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut):


Rasulullah: Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?

Umar Al-Khattab: Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.

Rasulullah: Itulah Jibril alahis salam yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu. [Muslim]


Wallahu a'lam.

 
 
 

Kommentare


    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

© 2016 As-Sobirin

bottom of page