Sehari Sepotong Hadith: Hadith Pertama - Setiap Amalan Bergantung pada Niat.
- assobirin
- Mar 15, 2016
- 1 min read
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam permulaan. Segmen Sehari Sepotong Hadith ini ialah segmen As-Sobirin yang pertama di mana kami akan membawakan himpunan hadith-hadith Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam pada setiap hari. Kami akan mulakan segmen ini dengan Hipunan Hadith 40 oleh Imam Nawawi Rahimahullah. In Sha Allah.

Hadith pertama daripada Himpunan Hadith 40 oleh Imam Nawawi Rahimahullah ialah berkenaan dengan Niat.
عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهُ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: " إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللهُ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللهُ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ".
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:- “Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.” [Bukhari & Muslim]
Allahu a'lam
댓글